Cari:
Ban Ki-moon: Piagam PBB Perlu Sentiasa Dipatuhi
2015-10-25 15:10:14 CRI Cetak

Prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah berkekalan,dan perlu sentiasa dipatuhi sebagai garis panduan tindakan masyarakat antarabangsa. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam perutusannya yang disampaikan sempena ulang tahun ke-70 penubuhan PBB semalam.

Ban berkata, tiada mana-mana negara atau pertubuhan di dunia yang mampu menangani risiko dan cabaran bersendirian pada zaman sekarang. PBB yang sudah berusia 70 tahun tetap merupakan rumah api bagi umat manusia.

Ketika mengimbas kembali sejarah PBB dalam tempoh 70 tahun yang lalu, Ban dalam temu ramah bersama wartawan sebelum ini berkata, antara sumbangan utama PBB kepada masyarakat antarabangsa adalah mengakhiri zaman kononial dan menerajui pembangunan dunia bagi memastikan setiap orang dapat mempunyai maruah dalam kehidupan.

Kata beliau, sebagai entiti ekonomi kedua terbesar di dunia, China merupakan negara yang mencintai kedamaian. China boleh memberikan sumbangan dalam lebih banyak bidang kepada dunia yang sedang mengalami perubahan dan transformasi yang begitu cepat pada masa ini.   

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China