Cari:
Hubungan China-Jepun Perlu Diteliti dengan Pandangan yang Leih Terbuka
2015-10-25 15:32:15 CRI Cetak

Sudah tiba masanya untuk meneliti hubungan China-Jepun dengan pandangan yang lebih terbuka. Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC), Fu Ying dalam Forum Beijing-Tokyo Ke-11 semalam.

Ketika menyampaikan ucapan yang bertajuk "Hubungan China-Jepun dari Pandangan Kerjasama Asia Timur" dalam tempoh forum itu, Fu Ying berkata, hubungan China-Jepun menjadi amat rumit pada masa ini disebabkan pelbagai faktor dari sejarah dan keadaan semasa.

Dalam isu Laut China Selatan, Fu berkata bahawa China dan Jepun merupakan dua kuasa besar dalam perdagangan antarabangsa. Oleh itu, kebebasan dan keselamatan di laluan perkapalan di kawasan perairan barat Lautan Pasifik seharusnya menjadi persepakatan, dan bukannya perselisihan antara kedua-dua negara. Namun, Jepun yang mengambil sikap memihak dalam isu Laut China Selatan menimbulkan kewaspadaan China.

Ketika menyentuh tentang inisiatif "Satu Jalur dan Satu Laluan" (OBAOR) yang dikemukakan oleh China dan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia(AIIB), Fu berkata inisiatif-inisiatif itu akan menyediakan wadah yang lebih luas kepada kerjasama Asia Timur. Hubungan China-Jepun dan kerjasama Asia Timur diharapkan dapat kembali ke landasan yang berorentasikan dialog terbuka, dan kerasama yang saling bertoleransi dan saling menguntungkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China