Cari:
Rusia, AS Bincang Krisis Syria
2015-10-26 13:33:51 CRI Cetak

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menghubungi Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry menerusi panggilan telefon semalam untuk meneruskan perbincangan mengenai prospek penyelesaian krisis Syria mengikut langkah-langkah politik.

Kementerian Luar Rusia berkata, kedua-dua pemimpin itu menggesa proses penyelesaian krisis di negara berkenaan supaya diberi sokongan masyarakat antarabangsa.

Sebelum ini, rundingan di Vienna yang melibatkan kehadiran Lavrov, Kerry serta Menteri Luar Turki, Feridun Sinirlioglu dan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir mewujudkan persepakatan mengenai pelancaran satu perbincangan luas yang membabitkan semua pihak menjelang penghujung bulan ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China