Cari:
Gempa di Afghanistan dan Pakistan, PBB Janji Beri Bantuan
2015-10-27 14:46:04 CRI Cetak

Gempa bumi dahsyat berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan rantau Asia Selatan petang semalam dan mengorbankan sekurang-kurangnya 90 orang manakala 200 lagi cedera serta beribu-ribu bangunan dilaporkan runtuh di Afghanistan.

Gempa yang berpusat di wilayah Badakshan, timur laut Kabul itu menjadikan Pakistan merupakan negara paling terjejas, iaitu sebanyak 228 kematian dicatat sementara 1,200 lagi kecederaan setakat semalam.

Gegaran turut dirasai hingga ke wilayah Xinjiang, China, India,Uzbekistan dan lain-lain.

Justeru itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kenyataan semalam menyampaikan rasa simpati dan duka cita mendalam kepada mangsa-mangsa berkenaan, sekali gus berjanji bahawa pihaknya sudah bersiap siaga bagi menggerakkan misi bantuan kemanusiaan kepada kawasan bencana di Afghanistan dan Pakistan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China