Mesyuarat antara pemimpin China, Jepun dan Korea Selatan yang digantung sejak tiga tahun lepas akan disambung semula dalam masa terdekat ini di Seoul.
Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin dalam taklimat berkenaan menyifatkan penyambungan semula mesyuarat tersebut sebagai amat signifikan bagi memecut pembangunan ekonomi Asia bahkan seluruh dunia.
Dimaklumkan beliau, kerjasama ketiga-tiga negara itu terganggu sejak tiga tahun lalu susulan pendirian keras Tokyo dalam isu sejarah dan kedaulatan wilayah, yang mengakibatkan ikatan kerjasama dengan China dan Korea Selatan terjejas. Bulan Mac lalu, menteri luar negara-negara tersebut bercadang untuk memulihkan mesyuarat berkenaan bagi membaiki hubungan satu sama lain.
Ketika memperkatakan tentang hubungan dengan Jepun, Liu menegaskan lagi teguhnya pendirian Beijing berhubung isu sejarah sensitif, di samping menggesa Tokyo supaya bertindak proaktif dalam menyelesaikan isu-isu sejarah.
Menurut beliau, sama ada diadakan pertemuan pemimpin China-Jepun atau tidak, masih belum dipastikan.