Cari:
China Tempelak Kapal AS Belayar ke Laut China Selatan
2015-10-27 15:52:31 CRI Cetak

China menuntut Amerika Syarikat (AS) supaya jangan melemparkan laungan provokatif atau mengambil langkah-langkah agresif dalam isu Laut China Selatan.

Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kedutaan Besar China di AS, Zhu Haiquan semalam berikutan tindakan Pentagon mengerahkan kapal pembinasa belayar dalam lingkungan 12 batu nautika sekitar tapak projek China menebus guna tanah di Laut China Selatan.

Zhu menegaskan, Beijing sentiasa menghormati dan memelihara kebebasan pelayaran dan penerbangan pelbagai negara di laluan utama antarabangsa. Namun, kebebasan pelayaran tidak boleh disalahgunakan oleh mana-mana pihak untuk membuat provokasi sehingga mencabuli kedaulatan negara lain serta keselamatan di perairan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China