Cari:
Gempa di Asia Selatan: Usaha Menyelamat Sukar
2015-10-28 14:38:17 CRI Cetak

Pasukan penyelamat terpaksa melalui kawasan yang berisiko selain memasuki wilayah dikawal mi­litan Taliban dalam usaha mencari mangsa yang terselamat selepas gempa bumi kuat melanda Pakistan dan Afghanistan semalam, dengan mengorbankan lebih 350 orang setakat ini.

Jumlah itu dijangka bertambah ketika operasi menyelamat dijalankan di kawasan pedalaman yang terputus hubungan susulan bencana alam sekuat 7.7 pada skala Richter tersebut.

Antara yang maut semalam adalah seramai 12 orang murid perempuan Afghanistan yang terkorban dipercayai akibat ber­sesak-sesak mahu menyelamatkan diri selepas gegaran turut dirasai di bangunan sekolah mereka.

Sebahagian besar korban dilaporkan di Pakistan, yang menyaksikan 248 orang terbunuh, manakala 1,665 yang lain cedera, serta 4,392 bangunan runtuh. Kebanyakan mangsa dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.

Pihak berkuasa Afghanistan pula berkata, 115 orang disahkan terkorban, manakala 538 lagi cedera. Sebahagian besar Badakhsan, wilayah yang turut terjejas dan beberapa kawasan lain yang dikawal oleh militan Taliban menjadi cabaran hebat kepada pasukan penyelamat untuk menyalurkan bantuan.

Laporan awal menunjukkan, ramai yang terkorban di Badakhshan, Takhar, Nangarhar, Kunar dan beberapa wilayah lain, namun bilangan yang tepat belum diperoleh berikutan talian telefon terputus di beberapa kawasan.

Dalam pada itu, Kementerian Luar China mengumumkan bahawa kerajaan akan menyalurkan bantuan kepada wilayah bencana di kedua-dua negara tersebut. Pada masa yang sama, Palang Merah China juga menyumbang wang derma kepada mereka.

(sumber Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China