Cari:
Kapal Belayar ke Kepulauan Nansha, China Panggil Duta Besar AS
2015-10-28 14:40:26 CRI Cetak

Naib Menteri Luar China, Zhang Yesui semalam memanggil Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke China, Max Baucus berhubung peristiwa kapal pembinasa USS Lassen belayar dalam lingkungan 12 batu nautika sekitar tapak projek China menebus guna tanah di Laut China Selatan.

Zhang berkata, tindakan provokatif Pentagon yang mengabaikan bantahan dan amaran yang diulangi Beijing, nekad mengerahkan kapal perang ke wilayah perairan berkenaan, mencabuli kedaulatan China sekali gus mengancam keselamatan kemudahan dan pekerja di Kepulauan Nansha.   

Beliau menekankan lagi teguhnya pendirian China dalam memelihara kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim yang sah.

Zhang juga menuntut Pentagon supaya mengambil berat terhadap keprihatinan Beijing, menghentikan sebarang tindakan yang bakal menjejaskan keselamatan dan kedaulatan China, menepati janji tidak pilih kasih dalam isu kedaulatan wilayah dan menjaga secara pragmatik hubungan kedua-dua negara malah kedamaian dan kestabilan rantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China