Cari:
China Sokong Pembangunan PBB
2015-10-28 14:50:24 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Pengerusi Perhimpunan Agung ke-70 PBB, Mogens Lykketoftdi Beijing petang semalam. Li berkata, pembangunan PBB berada pada tahap yang penting. Sebagai negara anggota tetap Majlis Keselamatan, China menyokong PBB memainkan peranan yang lebih penting dalam hal ehwal antarabangsa. Selain itu, China bersedia bersama-sama dengan pelbagai negara untuk memperkasakan Piagam PBB dan prinsip yang berkenaan, mendorong kedamaian dan pembangunan manusia dan memelihara keamanan dan kestabilan dunia.

Menurutnya, pembangunan menjadi asas bagi membasmi kemiskinan dan mengakhiri konflik dunia serta prasyarat bagi menjamin hak asasi manusia. Bagi China, negara membangun yang terbesar di dunia, pembangunan dilihat sebagai asas dan kunci bagi menyelesaikan sebarang masalah.

Lykketoftdi menyanjung tinggi usaha China dalam memelihara kedamaian, mendorong pembangunan dan melaksanakan agenda pembangunan secara berterusan dunia. Beliau berharap China memainkan peranan yang lebih penting dalam menghadapai cabaran global seperti perubahan iklim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China