Cari:
Pemimpin Tentera China, AS Bincang Isu Laut China Selatan
2015-10-29 14:48:41 CRI Cetak

Ketua Operasi Tentera Laut (CNO) Amerika Syarikat (AS), Laksamana John Richardson dan Komander Tentera Laut China, Laksamana Wu Shengli dilaporkan akan membincangkan isu-isu berkaitan situasi di Laut China Selatan dan hubungan ketenteraan kedua-dua negara menerusi panggilan video secara tatap muka hari ini.

Seorang pegawai AS yang enggan namanya diketahui berkata kepada portal DefenseNews bahawa perbincangan secara talian ini dilakukan menyusul ketegangan di Laut China Selatan yang kembali meningkat.

Dimaklumkan, Komander Pusat Kawalan Pasifik AS(USPACOM), Laksamana Harry Harris dan Panglima Armada Pasifik AS, Laksamana Scott H. Swift sedang merancang membuat kunjungan ke China secara berasingan pada beberapa minggu depan.

Agensi berita Reuters melaporkan, panggilan video berkenaan dijangka berlarutan selama satu jam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China