Cari:
Catatan Pelayaran Negara Asing: Warga China Diami Kepulauan Nansha Buat Lama
2015-10-29 14:51:33 CRI Cetak

Rekod pelayaran yang dicatatkan oleh Tentera Laut Diraja Britain dan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) adalah bukti-bukti kukuh bahawa nelayan China didapati melakukan penangkapan hasil laut mengikut musim berhampiran terumbu-terumbu di Kepulauan Nanshan dan sudah berumah di sana sejak sekian lama.

Akhbar Kanada, Ming Pao semalam melaporkan, mengikut catatan pelayaran kapal Britain sejak lebih 300 tahun lepas, hanyalah nelayan China tinggal di gugusan kepulauan di Laut China Selatan.

Sejarah pelayaran Tentera Laut AS pada awal abad lalu pula menunjukkan, nelayan dari Pulau Hainan didapati tabah meredah laut untuk mencari rezeki dengan melakukan kegiatan penangkapan di beberapa banyak pulau di wilayah perairan Nansha.

Kesemua dokumen tersebut membuktikan, tiada penglibatan Tentera Laut Britain dan Tentera Laut AS dalam merebut kedaulatan terhadap Laut China Selatan pada ketika itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China