Cari:
Hubungan China, Jerman Diperkukuh Lagi
2015-10-29 18:10:07 CRI Cetak

China berharap agar Jerman, selaku anggota utama Kesatuan Eropah (EU), dapat berperanan proaktif dalam mempercepat rundingan berhubung Perjanjian Pelaburan China-Eropah, mengkaji kebolehlaksanaan kawasan perdagangan bebas, dan mewujudkan kesalinghubungan antara kedua-dua pihak.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang semasa berlangsungnya pertemuan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel di Beijing hari ini.

PM Li menegaskan, China sentiasa berpandang jauh dalam mengembangkah hubungan strategik dengan EU, dan menyokong proses penyepaduan Eropah serta kestabilan dan kemakmuran benua itu.

Dalam pada itu, Merkel pula menyuarakan keinginannya untuk memperkukuh asas kerjasama dua hala yang sedia ada, meningkatkan dialog antara pelbagai peringkat,memperkasakan kerjasama dalam inovasi dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China