Cari:
Palang Merah China Sumbangkan Derma kepada Pakistan
2015-10-29 12:35:02 CRI Cetak

Duta Besar China ke Pakistan, Sun Weidong menyerahkan derma berjumlah USD 100 ribu (RM427 ribu) daripada Palang Merah China kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Pakistan petang semalam. Beliau berkata, gempa dahsyat yang melanda Pakistan telah mengakibatkan korban nyawa dan kerugian harta yang serius. Sebagai jiran, sahabat dan saudara yang baik, kedua-dua negara mempunyai tradisi untuk tolong-menolong ketika salah satu pihak dilanda bencana. Diharapkan bahawa derma tersebut dapat membantu mangsa dalam bencana kali ini.

Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Pakistan, Saeed Elahi mengucapkan terima kasih atas bantuan China yang dilihat akan membantu meningkatkan hubungan persahabatan kedua-dua negara dan mengurangkan kesengsaraan mangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China