Cari:
China Tamatkan Dasar "Seorang Anak"
2015-10-30 10:48:28 CRI Cetak

China akan melaksanakan secara menyeluruh satu dasar membenar­kan setiap pasangan berumah tangga mempunyai dua orang anak, sebagai reaksi positif kepada masalah penduduk yang semakin tua.

Keputusan baharu itu diumumkan Parti Komunis China (PKC) selepas mesyuarat empat hari parti itu berkaitan Rancangan Ekonomi Lima Tahun Kebangsaan di Beijing semalam.

Dikatakan, langkah tersebut bertujuan untuk mengurangkan halangan demografik ke atas pertumbuhan ekonomi.

Ramai sarjana di negara ini mahu kerajaan mengubah dasar lama yang diperkenalkan pada akhir 1970-an yang bertujuan mengelakkan pertumbuhan penduduk yang sukar dikawal, tetapi dasar itu kini dianggap sudah ketinggalan zaman dan menjadi punca utama China kekurangan tenaga kerja yang besar.

Sumber Biro Statistik Negara (NBS) China menunjukkan, jumlah tenaga kerja buat pertama kali mulai jatuh pada 2012 sepanjang beberapa dekad yang lalu, dan China, negara yang mempunyai penduduk teramai di dunia juga akan menjadi negara pertama di dunia yang mempunyai ramai penduduk yang tua.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China