Cari:
China, Jerman Mahu Kerjasama Pragmatik
2015-10-30 11:26:54 CRI Cetak

China dan Jerman bersetuju memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang demi mengekalkan hubungan rakan strategik komprehensif kedua-dua negara maju dengan lebih jauh ke hadapan secara sihat, mapan dan lestari.

Konsensus itu dicapai oleh Presiden China, Xi Jinping dan Canselor Jerman, Angela Merkel sepanjang pertemuan di Beijing semalam.

Xi berkata, hubungan China-Jerman berkait rapat dengan manfaat rakyat kedua-dua negara, malah kerjasama China-Eropah serta pertumbuhan ekonomi sejagat. Beliau menasihati Beijing dan Berlin supaya menghormati cara pembangunan masing-masing, memahami dan mempertimbangkan kepentingan utama dan keprihatinan satu sama lain serta mengekalkan komunikasi yang baik antara pelbagai lapisan.

Dalam pada itu, Merkel berjanji bahawa pihaknya akan mempergiat kerjasama pragmatik dua hala dalam ekonomi, perdadangan, perindustrian dan kewangan, di samping aktif mengambil bahagian dalam membantu menjayakan insiatif "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR) dan pembangunan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China