Cari:
Australia: Tidak Terlibat dalam Operasi Ketenteraan AS di Laut China Selatan
2015-10-30 11:33:53 CRI Cetak

Australia, setakat ini, tidak menerima undangan dari Amerika Syarikat (AS) berhubung penglibatan dalam operasi ketenteraan di Laut China Selatan.

Demikian dijelaskan Menteri Luar Negeri Australia, Julie Bishop ketika diwawancara media tempatan semalam.

Menurut beliau, dua buah kapal perang negara itu yang melakukan kunjungan ke China akan terlibat dalam latihan ketenteraan bersama anjuran Tentera Laut China.

Bishop mengakui, selain latihan tersebut dengan China, negara itu sebenarnya mengambil bahagian dalam latihan berkenaan dengan AS. Penglibatan negara itu di wilayah perairan Laut China Selatan akan diteruskan.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Australia, Malise Payne pula memberikan penjelasan seumpama itu yang menekankan tiada penglibatan dalam aktiviti ketenteraan AS baru-baru ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China