Selepas mengharungi tempoh sukar akibat penggantungan dan pernah mengalami kejatuhan ranking sehingga ke tangga 180 dunia, Datuk Lee Chong Wei akhirnya kembali dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia buat kali pertama sejak, Mac lalu.
Kejayaan merangkul kejuaraan Siri Super pertama dalam tempoh 16 bulan pada Terbuka Perancis, minggu lalu membantu bekas pemain No. 1 dunia itu naik sembilan anak tangga untuk berada pada ranking ke-10 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan, semalam.