Cari:
Lawatan PM China ke Korea Selatan Diharap Berhasil
2015-10-31 13:19:46 CRI Cetak

 

Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata, lawatan beliau ke Korea Selatan diharap mampu mengeratkan lagi hubungan strategik dan memupuk semangat kejiranan dengan republik itu serta meningkatkan kerjasama pragmatik yang menang-menang ke tahap yang lebih tinggi.

Ketibaan PM itu disambut meriah di Lapangan Terbang Seongnam di Gyeonggi, Seoul tadi.

Li menyatakan, beliau akan bertukar-tukar pandangan secara mendalam dengan pemimpin republik itu mengenai perkongsian strategik kedua-dua negara serta isu-isu yang menjadi perhatian bersama. Lawatan kali ini diharap boleh memperkukuh persahabatan, menumbuhkan rasa saling percaya, memperluas komunikasi dan memperbaharui kerjasama.

Difahamkan, sepanjang lawatan berkenaan, PM China ini akan berunding dengan Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye, menyampaikan ucapan kepada kalangan ekonomi di negara itu, menghadiri aktiviti berhubung "Tahun Pelancongan China" dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China