Cari:
Proses Perdamaian Syria Dipersetujui Dimulakan
2015-10-31 15:26:53 CRI Cetak

Wakil-wakil dari 17 buah negara serta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) berjaya mencapai satu konsensus yang menyokong penyambungan semula proses perdamaian Syria yang diterajui PBB, pada satu mesyuarat berhubung konflik di negara Asia Barat itu di Vienna semalam.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry menyifatkan persetujuan itu sebagai permulaan baharu proses diplomatik. Beliau berkata, sepanjang proses peralihan politik, Syria akan memiliki satu Perlembagaan baharu dan melancarkan pemilihan dalam negeri di bawah seliaan rapi masyarakat antarabangsa, manakala pasukan tentera kerajaan dan kumpulan pemberontak akan mewujudkan gencatan senjata.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berpendapat, nasib Bashar Hafez al-Assad akan ditentukan oleh rakyat Syria dan perkara ini patut diselesaikan dalam proses politik berkenaan.

Dalam pada itu, Wakil Kanan EU bagi Hal-Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan, Frederica Mogherini berkata, pihak-pihak terbabit berpendirian sama pada masa ini, iaitu memulakan proses politik yang diterajui oleh PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China