Cari:
Cadangan China untuk Selesaikan Krisis Syria
2015-10-31 15:29:03 CRI Cetak

Masyarakat antarabangsa digesa supaya mengetepikan percanggahan pendapat dan bertindak sehaluan untuk membantu menyelesaikan krisis Syria mengikut langkah-langkah politik.

Naib Menteri Luar China, Li Baodong berkata demikian pada mesyuarat berkenaan di Vienna, Austria semalam.

Li bagi pihak kerajaan China mengesyorkan supaya menyelesaikan krisis tersebut menerusi empat langkah, iaitu pihak-pihak yang bertelagah melakukan gencatan senjata dan berjanji memerangi aktiviti pengganas; melancarkan rundingan inklusif yang dipengerusikan PBB; meningkatkan jaminan antarabangsa dan memanfaatkan peranan PBB sebagai pengantara; serta memulakan proses pembangunan semula pasca perang di Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China