Cari:
Bot Karam di Greece, 17 Lagi Pelarian Maut
2015-10-31 15:30:11 CRI Cetak

Pasukan Pengawal Pantai Greece mengesahkan, sekurang-kurangnya 17 orang pelarian lagi terkorban semalam, termasuk 9 kanak-kanak, selepas bot yang dinaiki mereka karam di Pulau Kalymnos dan Pulau Rhodes, manakala seramai 138 lagi berjaya diselamatkan ketika kumpulan tersebut dalam perjalanan ke Eropah.

Kejadian terbaharu itu menjadikan jumlah pelarian yang terkorban pada bulan ini mencecah 36 orang.

Data daripada Pejabat Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) menunjukkan, lebih 3,200 pelarian terkorban ketika cuba menyeberangi perairan Greece dan kebanyakan daripada mereka adalah kanak-kanak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China