Cari:
China, ROK Temukan Peluang Baharu demi Kerjasama yang Makin Erat
2015-11-01 13:01:25 CRI Cetak

China dan Korea Selatan (ROK) diharap dapat bersama-sama menemukan cara berfikir yang baharu, bidang-bidang baharu dan peluang pertumbuhan yang baharu demi meningkatkan kerjasama pragmatik kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi. 

Harapan itu disuarakan Perdana Menteri China, Li Keqiang sepanjang pertemuan dengan Presiden ROK, Park Geun-hye di Rumah Biru, Seoul petang semalam. 

Demi memperkukuh ikatan kerjasama yang sedia ada, PM Li menyarankan lima langkah yang perlu diusahakan oleh kedua-dua negara itu, antaranya termasuk, meningkatkan komunikasi antara peringkat tinggi dan memulakan seawal mungkin perbincangan mengenai penentuan garis batas wilayah perairan China-ROK; menemukan peluang kerjasama yang baharu dengan menyejajarkan strategi pembangunan negara masing-masing; menggalakkan generasi muda dalam bidang keusahawanan; memacu penyepaduan ekonomi Asia Timur melalui pembinaan kawasan perdagangan bebas kedua-dua negara; serta memperkasakan komunikasi antara budaya.



Geun-hye mengalu-alukan cadangan PM China itu dan menunjukkan keinginan yang kuat untuk melakukan kerjasama dengan negara terbesar di Asia ini dalam bidang ekonomi, perdagangan, kewangan, inovasi, perkilangan dan perubatan sehingga memacu pertumbuhan ekonomi kedua-dua pihak.



Agensi Berita Xinhua melaporkan, pemimpin kedua-dua negara ini menyaksikan penandatanganan 17 perjanjian kerjasama yang melibatkan ekonomi, perdagangan, kebudayaan, sains dan teknologi, persekitaran dan pemeriksaan kualiti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China