Cari:
Nahas Udara Rusia, Angkara IS?
2015-11-01 16:57:16 CRI Cetak

Kumpulan militan Negara Islam (IS) di Mesir mendakwa, ia bertanggungjawab terhadap kemusnahan sebuah pesawat komersial milik syarikat Kogalymavia Russia yang terhempas di Semenanjung Sinai, Sabtu lalu, dengan mengorbankan semua 224 penumpang dan kru pesawat itu.

IS dalam kenyataan melalui media sosial semalam berkata, nahas pesawat tersebut adalah angkara kumpulannya. Namun, maklumat lanjut tidak dinyatakan kerana Mesir dan Russia menolak dakwaan itu.

Dimaklumkan, kapten pesawat berkenaan memang memaklumkan mengenai kegagalan teknikal yang dialami pesawat itu kepada pengawal trafik udara (ATC) Mesir, sebelum ia dilaporkan hilang daripada radar.

Pihak berkuasa Mesir berkata, pakar sudah mengesahkan paras penerbangan pesawat ketika itu sudah di luar jarak tembak yang dikuasai militan, manakala Menteri Pengangkutan Russia, Maxim Sokolov menyifatkan dakwaan IS itu sebagai tidak tepat.

Dalam perkembangan sama, Presiden Russia, Vladimir Putin mengisytiharkan 1 November sebagai hari berkabung berikutan nahas udara yang mengorbankan ramai rakyat negara itu.  

Putin juga mengarahkan kerajaannya menawarkan bantuan segera, selain mengucapkan takziah kepada semua waris mangsa berkenaan.

Sementara itu, rakan sejawatnya dari Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi berjanji akan memberikan bantuan sedapat mungkin kepada Rusia bagi membantu mengenalpasti punca sebenar nahas itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China