Pengundi Turki semalam keluar mengundi dalam Pilihan Raya Parlimen yang diadakan untuk kali kedua dalam tempoh lima bulan selepas parti pemerintah hilang kuasa majoriti.
Menurut Perdana Menteri Turki, merangkap Pengerusi parti pemerintah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), Ahmet Davutoğlu, partinya memperoleh kemenangan dalam pilihan raya tersebut dan layak menubuhkan kabinet selaku parti terbesar dalam Parlimen yang memperoleh 49.38 peratus undi dan menduduki 316 daripada 550 kerusi parlimen.
Kira-kira 54 juta pengundi Turki mendaftar dalam pilihan raya tersebut yang mempunyai 175,000 pusat mengundi di seluruh negara.
Penganalisis politik berpendapat, walaupun menang dalam pilihan raya, namun AKP masih menghadapi situasi tegang.
Rakyat negara itu berharap agar kerajaan yang baharu dibentuk mampu memulihkan kestabilan politik dan kesejahteraan sosioekonomi, memelihara keselamatan negara, membasmi ancaman kumpulan pelampau dan pengganas serta membaiki hubungan dengan negara jiran.