Cari:
Rusia: Pesawat Berkecai di Udara
2015-11-02 13:43:35 CRI Cetak

Serpihan pesawat yang dikumpulkan di lokasi terhempasnya pesawat penumpang milik syarikat penerbangan Rusia, Kogalymavia, menunjukkan bahawa pesawat telah berkecai di udara. Demikian dinyatakan Pengarah Jabatan Penerbangan Udara Rusia (FANA), Alexander Neradko semalam.

Menurut beliau, pakar Rusia telah menyiasat punca nahas udara tersebut bersama-sama dengan rakan dari Mesir. Keputusan siasatan tersebut dibuat berdasarkan serpihan pesawat yang bertaburan sehingga lebih 20 kilometer persegi.

Setelah melihat serpihan pesawat tersebut semalam, Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Antara Negeri, Viktor Sorochenko berkata semua punca nahas tersebut akan disiasat.

Pesawat milik syarikat Kogalymavia Rusia yang dalam penerbangan dari kawasan peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah menuju ke St. Petersburg, Rusia dilaporkan terhempas di Sinai, wilayah tengah Mesir pagi kelmarin. Pesawat Airbus 321 itu yang membawa 217 penum­pang dan 7 orang anak kapal yang kebanyakan mereka adalah warga Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China