Sejak statistik ekonomi China bagi suku ketiga diumumkan, orang ramai mula melahirkan kebimbangan terhadap ekonomi China. Walau bagaimanapun, prospek ekonomi China masih kukuh meskipun menghadapi kemelesetan ekonomi.
Demikian dinyatakan Naib Pengarah Pusat Pemantauan Prospek Ekonomi China, Pan Jiancheng.
Walaupun kadar pertumbuhan ekonomi hanya mencatat 6.9 peratus, namun angka tersebut secara relatifnya masih tinggi.
Pertama, kadar pertumbuhan tersebut masih berada pada kedudukan teratas di seluruh dunia.
Kedua, kadar tersebut disebabkan pengurangan eksport, ini bermaksud pertumbuhan ekonomi China kini bergantung pada peningkatan permintaan domestik.
Ketiga, dalam proses transformasi ekonomi, peluang pekerjaan dan kadar pengangguran kekal stabil.
Keempat, pendapatan penduduk meningkat lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup rakyat semakin baik.
Kelima, penggunaan tenaga bagi setiap unit Keluaran Dalam Negara Kasar menurun.
Keenam, penduduk di 28 buah bandar berpuas hati terhadap kualiti udara dalam tempoh dua tahun berturut-turut.
Selain itu, struktur ekonomi China terus dioptimumkan.