Cari:
Putin: Kebenaran Nahas Udara Rusia Perlu Didedahkan
2015-11-03 14:48:00 CRI Cetak

Kebenaran tentang nahas pesawat Rusia yang terhempas di Semenanjung Sinai, Mesir sepatutnya didedahkan bagi membolehkan Rusia memberi respons setimbal. Demikian dinyatakan Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam.

Putin telah mendengar laporan yang diberikan oleh Menteri Pengangkutan Rusia, Maksim Sokolov, yang baru pulang dari tempat kejadian. Putin menyifatkan nahas udara tersebut sebagai "tragedi yang mendukacitakan". Beliau menegaskan, kerja-kerja pencarian mesti diteruskan. Selain itu, pekerja yang sedang menjalankan kerja-kerja pencarian di tempat kejadian diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan kegiatan pengganas.

Dimaklumkan, dua kotak hitam milik pesawat yang terhempas telah ditemui. Pakar Mesir, Rusia, Perancis, Jerman dan Syarikat Airbus sedang menyiasat punca nahas tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China