Amerika Syarikat (AS) mengalu-alukan Sidang Kemuncak China, Jepun dan Korea Selatan dan mendukung usaha membaiki hubungan antara ketiga-tiga negara tersebut.
Demikian dinyatakan Pengarah Jabatan Penerangan Jabatan Negara AS, Elizabeth Trudeau dalam sidang media semalam.
Trudeau berkata, pihaknya berpendapat bahawa hubungan China, Jepun dan Korea Selatan yang bersifat membina sangat bermanfaat bagi keamanan dan kemakmuran serantau. Hal ini sejajar dengan kepentingan AS dan serantau.
Tambah Trudeau lagi, AS mengalu-alukan Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mempercepat rundingan berhubung dengan isu hamba seks.