Cari:
Ulang Tahun ke-15 Penerbangan Angkasawan ISS
2015-11-03 16:13:43 CRI Cetak

Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) merupakan "teladan yang gemilang" yang dapat membuktikan umat manusia boleh berganding bahu bagi bekerjasama.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan Amerika Syarikat (AS) bersempena dengan ulang tahun ke-15 penerbangan angkasa lepas ISS pembawa angkasawan semalam.

Sejak tahun 2000, penerbangan angkasa lepas ISS pembawa angkasawan telah meningkatkan pengetahuan manusia terhadap ilmu sains, menguji teknologi baharu dan mencapai kejayaan dalam penyelidikan saintifik bagi membolehkan angkasawan meneroka ruang angkasa dalam jangka masa panjang.

Kini, terdapat enam orang angkasawan, termasuk dua warga AS, tiga lagi warga Rusia dan seorang warga Jepun bertugas di ISS. Sebanyak 15 buah negara terlibat dalam pembinaan ISS yang bermula pada November 1998.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China