Cari:
Di Manakah Keyakinan Syarikat Perniagaan China?
2015-11-03 17:50:43 CRI Cetak

Laman web China Economic Net baru-baru ini menerbitkan rencana analisis ekonomi bertajuk "Di manakah Keyakinan Syarikat Perniagaan?" yang ditulis oleh Naib Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perusahaan, Pusat Penyelidikan Pembangunan Dewan Negara China, Zhang Yongwei.

Menurut hasil tinjauan yang dijalankan oleh pembekal perkhidmatan maklumat, Market News International (MNI) di bawah Kumpulan Bursa Jerman (DBAG), Indeks Keyakinan Perniagaan (BCI) China pada bulan Oktober lalu meningkat 8.3 peratus berbanding dengan bulan sebelumnya, mencatat kenaikan pada kadar paling tinggi sejak Mac 2011.

Ini merupakan isyarat penting bagi menunjukkan bahawa ketika berdepan dengan tekanan kemelesetan ekonomi serta proses transformasi dan penaiktarafan, syarikat perniagaan China lebih aktif, lebih matang dan lebih menumpukan perhatian, serta lebih berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti perniagaan dan jangkaan ekonomi makro.

Dari aspek ekonomi makro dan praktik korporat, beberapa petunjuk ekonomi yang penting juga memperlihatkan perubahan tersebut.

Sekumpulan syarikat yang lebih awal melaksanakan transformasi dan mempunyai kekuatan teknologi telah menjadi tonggak utama pertumbuhan ekonomi China.

Pertama, pelaburan dalam inovasi teknologi syarikat perindustrian mengekalkan peningkatan pada kadar yang tinggi.

Kedua, pencapaian dalam pembangunan ekonomi terus meningkat dan kekuatan baharu membangun dengan pesat.

Ketiga, prestasi syarikat-syarikat perniagaan semakin matang dan rasional.

Keempat, dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan semakin menampakkan kesan.

Usaha mengekalkan kesinambungan dasar serta fungsi dasar sebagai panduan, prinsip utama dalam ekonomi, penting untuk menstabilkan jangkaan pasaran dan keyakinan syarikat perniagaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China