Cari:
Syarikat Perniagaan China Pulih Keyakinan
2015-11-03 17:09:40 CRI Cetak

Indeks Keyakinan Perniagaan (BCI) China pada bulan Oktober lalu meningkat 8.3 peratus berbanding dengan bulan sebelumnya, mencatat kenaikan pada kadar paling tinggi sejak Mac 2011. Demikian hasil tinjauan yang dijalankan oleh pembekal perkhidmatan maklumat, Market News International (MNI), Kumpulan Bursa Jerman (DBAG)terhadap 200 syarikat perniagaan China yang disenaraikan dalam pasaran saham negara ini.

Ketua ahli ekonomi MNI, Philip Uglow berkata, BCI China telah mengalami turun naik dalam satu tempoh sebelum ini akibat pelbagai faktor luaran. Namun, indeks ini kini menunjukkan trend peningkatan semula selepas mencatat paras paling rendah pada bulan Julai lepas.

Langkah kawalan makro yang diamalkan kerajaan China dianggap faktor penting bagi memulihkan keyakinan syarikat perniagaan negara ini.

Langkah berkenaan antaranya termasuklah lima kali menurunkan kadar faedah pinjaman dan simpanan serta nisbah rizab wajib renminbi (RMB) bagi institusi perbankan.

Langkah tersebut membantu meringankan beban pembayaran faedah yang ditanggung syarikat domestik ketika memperoleh pembiayaan.

Walaupun pertumbuhan ekonomi China tetap berhadapan dengan tekanan yang besar dalam proses transformasi, namun ditemukan semakin banyak pemacu pertumbuhan yang baharu sejak kebelakangan ini berikutan pelaksanaan pelbagai pendekatan oleh kerajaan, antaranya termasuklah strategi "Buatan China 2025", "Internet+" serta skim keusahawanan dan inovasi dalam kalangan rakyat.

Pembuatan pintar, percetakan 3D, grid pintar, bahan baharu dan kenderaan hijau dijangka menjadi industri yang berpotensi besar dalam menjana pertumbuhan ekonomi China pada masa akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China