Cari:
Keyakinan Syarikat Perniagaan China Semakin Pulih
2015-11-03 14:20:36 CRI Cetak

Menurut laman web Financial Times Britain, indeks keyakinan syarikat perniagaan China Agensi Berita Pasaran Antarabangsa (MNI) meningkat 8.3 peratus hingga 55.6 peratus pada bulan Oktober lalu. Ini merupakan tahap peningkatan paling besar sejak bulan Mac tahun 2011.

Dilaporkan, MNI di bawah Kumpulan Bursa Jerman (DBAG) telah melaksanakan kaji selidik terhadap 200 syarikat yang tersenarai dalam pasaran saham Shanghai dan Shenzhen, China. Persekitaran dasar dan pasaran kewangan yang tenang adalah antara faktor positif pada bulan lalu.

Menurut beberapa syarikat, kos kredit syarikat menurun berikutan Bank Pusat China telah mengurangkan kadar faedah pada tahun ini yang merupakan paling rendah selepas tahun 2012.

Ketua ahli ekonomi MNI, Philip Uglow berkata, keadaan semasa membuktikan bahawa syarikat perniagaan China telah berjaya melalui fasa paling buruk pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China