China menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap tindakan kapal tentera AS yang membuat rondaan di Laut China Selatan.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar di Beijing hari ini ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai kenyataan Setiausaha Pertahanan AS mengenai AS merancang untuk menghantar kapal tentera AS untuk membuat rondaan di Laut China Selatan sekurang-kurangnya dua kali setiap suku tahun.
Menurut Hua, China menghormati kebebasan pelayaran dan penerbangan pelbagai negara di Laut China Selatan mengikut undang-undang antarabangsa, namun membantah sekeras-kerasnya mana-mana negara yang mengambil tindakan sehingga menjejaskan kedaulatan dan kepentingan negara China dengan alasan kebebasan pelayaran dan penerbangan.
China akan dengan teguh tak berganjak untuk memelihara kedaulatan negara, keutuhan wilayah dan hak yang sah dan mengambil tindak balas yang tegas terhadap provokasi mana-mana negara. Selain itu, China akan terus memantau keadaan ruang udara dan kawasan perairan serta menggesa AS agar segera menghentikan kenyataan dan tindakan yang salah dan tidak lagi mengambil tindakan yang menjejaskan kedaulatan dan kepentingan keselamatan China.