Cari:
Bantuan Kemanusiaan China Tiba di Afghanistan
2015-11-04 11:50:26 CRI Cetak

Barang-barang bantuan kemanusiaan telah dihantar ke Kabul, ibu negara Afghanistan, yang dilanda gempa bumi yang dahsyat petang semalam. Duta Besar China ke Afghanistan, Yao Jing dan Menteri Pengurusan Bencana dan Hal Ehwal Kemanusiaan Negara Afghanistan, Wais Ahmad Barmak menghadiri majlis penyerahan.

Yao melahirkan rasa simpati kepada kerajaan Afghanistan dan mangsa yang terlibat dalam gempa bumi tersebut. Menurut beliau, China menghulurkan barang-barang bantuan yang bernilai RMB 10 juta (kira-kira RM5.7 juta). Hal ini mencerminkan kerajaan China amat mementingkan hubungan persahabatan dengan Afghanistan dan berharap agar kawasan bencana dibangunkan semula dengan secepat mungkin.

Wais Ahmad Barmak mengucapkan terima kasih atas bantuan China dan menyatakan bahawa barang-barang bantuan tersebut akan segera diagih-agihkan kepada sepuluh provinsi yang dilanda gempa bumi.

Sebelum itu, Naib Presiden China, Li Yuanchao, yang dalam rangka lawatan ke Afghanistan menyatakan bahawa pihaknya akan menyediakan dana sebanyak USD 1 juta (kira-kira RM4.24 juta) kepada Afghanistan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China