Cari:
Maldives Isytihar Darurat Selama 30 Hari
2015-11-05 14:08:25 CRI Cetak

Peguam Negara Maldives, Mohamed Anil semalam mengesahkan bahawa memandangkan ancaman yang dihadapi oleh negara dan keselamatan awam, Presiden Maldives Abdulla Yameen telah mengisytiharkan darurat selama 30 hari bermula pukul 12 tengah hari pada 4 November waktu tempatan.

Menurut beliau, Presiden Maldives telah membuat keputusan penting ini berikutan penemuan senjata di Kepulauan Maldives dan bom dalam sebuah kenderaan berhampiran dengan rumah Presiden di Male, ibu kota negara itu.

Menteri Luar Maldives, Dunya Maumoon pula menyatakan bahawa walaupun negara ini dalam keadaan darurat, namun lapangan terbang, pusat pengangkutan dan destinasi percutian masih dalam keadaan yang selamat.

Tambah beliau lagi, Maldive adalah selamat bagi pelancong antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China