Cari:
Pesawat Rusia Terhempas Mungkin Disebabkan Bom Yang Dipasang IS
2015-11-05 14:32:58 CRI Cetak

Menurut laporan CNN, maklumat Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa punca terhempasnya pesawat Rusia di Mesir berkemungkinan besar disebabkan oleh bom yang dipasang kumpulan militan Negara Islam (IS) di dalam pesawat tersebut.

CNN memetik kenyataan seorang pegawai AS yang enggan namanya didedahkan menyatakan bahawa IS mungkin memasukkan bom ke dalam sebuah bagasi ataupun meletakkannya di dalam pesawat tersebut.

Setiausaha Luar Britain, Philip Hammond semalam pula menyatakan bahawa pesawat Rusia terhempas mungkin disebabkan letupan bom di dalam pesawat tersebut. Namun, beliau tidak menyasarkan mana-mana pihak yang mungkin terlibat.

Pada waktu yang sama, Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry, pula menyatakan bahawa kebenaran mengenai insiden tersebut perlu dijelaskan melalui siasatan.

Lembaga Penerbangan Antara Negara yang beribu pejabat di Moscow semalam menegaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam siasatan tidak berhak untuk mengeluarkan sebarang maklumat berhubung dengan perkembangan siasatan tanpa kebenaran Mesir.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China