Cari:
Masyarakat Antarabangsa Tumpu Perhatian Pertemuan Xi jinping dengan Ma Ying Jeou
2015-11-05 17:56:07 CRI Cetak

Pertemuan antara pemimpin Tanah Besar, Xi Jinping dengan pemimpin Taiwan, Ma Ying-jeou di Singapura pada 7 November nanti telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa kerana merupakan pertemuan pertama pemimpin kedua-dua pantai Selat Taiwan sejak 1949.

Agensi Berita Reuters memetik sumber Agensi Berita Xinhua China melaporkan bahawa pertemuan tersebut dijangka akan mengekalkan keamanan serantau. Dari segi ekonomi pula, pertemuan kali ini dijangka dapat membantu meningkatkan keyakinan pasaran kewangan.

Wall Street Journal AS pula melaporkan bahawa pertemuan Xi Jinping dan Ma Ying Jeou ini akan menjadi batu tanda dalam sejarah hubungan kedua-dua pihak.

Agensi Berita Kyodo Jepun memetik kenyataan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Shuga Yoshi HiDe sebagai berkata, Jepun akan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap perkembangan pertemuan tersebut. Beliau menegaskan bahawa keamanan dan kestabilan Selat Taiwan bukan sahaja amat penting kepada rantau ini bahkan seluruh dunia. Oleh itu, semua masalah perlu diselesaikan melalui dialog.

Menurut laporan Deutsche Welle Jerman, pemimpin kedua-dua pantai Selat Taiwan akan bertukar-tukar pandangan berhubung dengan isu yang melibatkan kedua-dua pihak. Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk "memperkukuh keamanan dan mengekalkan status quo Selat Taiwan".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China