Cari:
Lawatan Presiden Xi ke Singapura Amat Dinanti-nantikan
2015-11-06 14:49:28 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Singapupa bermula hari ini atas undangan Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yam. Ini merupakan lawatan pertama ketua negara China ke Singapura sejak enam tahun lalu. Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob menyatakan bahawa kerajaan dan rakyat Singapura amat menanti-nantikan lawatan Presiden Xi kali ini. Kata beliau, "Presiden Xi disambut dengan meriah apabila melawat ke AS dan Britain baru-baru ini. Ini kerana semua orang memberikan tumpuan kepada China yang merupakan sebuah negara besar yang sedang membangun dengan pesat. Kerajaan dan rakyat Singapura amat menanti-nantikan lawatan Presiden Xi, kerana lawatan ini sekali lagi membuktikan hubungan yang semakin kukuh antara kedua-dua negara."

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan Republik Singapura dan juga ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik China-Singapura. Menurut Halimah, lawatan Presiden Xi bakal menjana potensi kerjasama antara kedua-dua negara. Kata beliau, "Hubungan antara Singapura dengan China mengekalkan perkembangan yang baik selama ini. Lawatan Presiden Xi diharap dapat membantu mengintensifkan lagi kerjasama kedua-dua negara dalam bidang politik dan ekonomi. Bagi saya, kerjasama Singapura-China mempunyai potensi yang amat besar. Kerjasama ini akan turut memacu kerjasama antara China dengan negara-negara serantau yang lain."

Dalam tempoh lawatan Presiden Xi ini, kedua-dua negara akan mengumumkan program kerjasama baharu yang bertapak di bahagian barat China dilancarkan secara rasmi. Program itu merupakan program kerjasama ketiga antara kerajaan kedua-dua negara selepas Taman Industri Suzhou dan Kota Ekologi Tianjin.

Antara kesemua 64 buah negara yang terlibat dalam "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR), Singapura merupakan sumber pelaburan asing yang terbesar bagi China. Dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, pelaburan Singapura di China mewakili 82 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan negara-negara tersebut di China. Dalam tempoh lawatan Presiden Xi ini, kedua-dua negara juga akan membincangkan pemeteraian dokumen kerjasama bagi menjayakan gagasan OBAOR demi pembangunan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China