Cari:
China Harap AS Jujur dengan Tindakannya di Laut China Selatan
2015-11-06 11:27:30 CRI Cetak

China berharap agar Amerika Syarikat (AS) akan berterus terang dan jujur dengan tindakan dan niatnya di Laut China Selatan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, di Beijing semalam.

Dilaporankan Setiausaha Pertahanan AS, James Earl Carter menaiki kapal induk pesawat udara "Roosevelt" semalam dan menyusuri perairan Malaysia di Laut China Selatan bagi menegaskan lagi kebebasan pelayaran.

Sehubungan dengan itu, Hua berkata, China telah berulang kali menyatakan pendirian, iaitu China menghormati dan memelihara kebebasan pelayaran dan penerbangan pelbagai negara di Laut China Selatan mengikut undang-undang antarabangsa. Namun, China membantah sekeras-kerasnya mana-mana negara yang menenterakan Laut China Selatan dan mengambil tindakan menjejaskan hak kedaulatan dan kepentingan keselamatan negara lain dengan dalih kebebasan pelayaran dan penerbangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China