Cari:
Xi Jinping: Pelihara Hasil Perkembangan Hubungan Damai
2015-11-07 18:06:27 CRI Cetak

Pemimpin Tanah Besar China dan Taiwan mengadakan pertemuan di Hotel Shangri-la, Singapura petang tadi.

Xi Jinping dalam ucapannya menyatakan bahawa hubungan antara kedua-dua pihak Tanah Besar dan Taiwan berhadapan dengan pilihan. Pertemuan hari ini adalah untuk mengelakkan tragedi sejarah daripada berulang lagi, memelihara hasil perkembangan hubungan damai antara kedua-dua pihak, menyediakan kehidupan yang aman dan damai kepada rakyat setanah air dan mencipta masa depan yang cerah kepada generasi-generasi yang akan datang.

Xi berkata, kedua-dua pihak Tanah Besar dan Taiwan perlu mengambil iktibar daripada sejarah dan membuat pilihan yang betul yang bertanggungjawab terhadap bangsa dan sejarah. Kita patut menyatakan kepada dunia bahawa bangsa China mampu dan cukup bijak untuk menyelesaikan masalah sendiri dan memberikan sumbangan yang besar kepada kedamaian, kemakmuran dan pembangunan dunia.

Beliau berharap agar rakyat Tanah Besar dan Taiwan bersatu padu, berpegang teguh pada "Konsensus 1992", memperkukuh asas politik bersama, meningkatkan komunikasi dan kerjasama serta berkongsi kemakmuran pembangunan bangsa China. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China