Cari:
Maklumat Kotak Hitam Buktikan Serangan Bom
2015-11-07 11:27:00 CRI Cetak

Menurut laporan AFP, kotak hitam pesawat Rusia Kogalymavia 9268 merekodkan maklumat yang merujuk kepada serangan bom.

Rakaman daripada perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR) masing-masing menunjukkan bahawa kesemua maklumat adalah normal dalam tempoh 24 minit selepas pesawat berlepas, namun "maklumat hilang secara tiba-tiba".

Oleh itu, penganalisis berpendapat bahawa berkemungkinan besar berlakunya letupan kuat secara mengejut. Ini dapat membutkikan serangan bom yang dipasang pada pesawat berkenaan.

Presiden Rusia, Vladimir Putin memutuskan untuk menggantung semua penerbangan antara Rusia dengan Mesir sehingga punca nahas udara tersebut ditemukan.

Selain itu, pihak berkuasa Rusia akan membawa pulang 50 ribu warganya yang kini bercuti di Mesir.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China