Cari:
Jumlah Pelarian dan Imigran ke Eropah Terus Meningkat
2015-11-07 12:21:42 CRI Cetak

Menurut Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM), jumlah pelarian dan imigran yang melalui Mediteranean untuk mencari suaka di Eropah melebihi 770 ribu orang setakat 5 November lalu, meningkat 68 ribu orang berbanding minggu lalu.

Menurut IOM, kebanyakan mereka memilih Greece dan Itali untuk mendarat di Eropah. Dalam pada itu, jumlah kematian juga turut meningkat. Sekurang-kurang 3,423 orang maut pada tahun ini, manakala jumlah tersebut mencatat 3,149 pada tahun lalu.

Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) menjangkakan jumlah pelarian ke negara-negara EU akan mencatat 3 juta orang menjelang hujung tahun 2016. Walaupun EU telah menetapkan pelan penyelesaian seperti penempatan dan perpindahan pelarian, namun pelan tersebut dilaksanakan secara perlahan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China