Pertemuan pemimpin Tanah Besar China dan Taiwan, Xi Jinping dan Ma Ying-jeou bakal diadakan di Hotel Shangri-la Singapura pada pukul 3.00 petang nanti.
Pertemuan pertama antara pemimpin Tanah Besar China dengan Taiwan selepas tahun 1949 ini adalah peristiwa penting dalam sejarah perkembangan hubungan antara kedua-dua pihak Selat Taiwan.
Perkara ini turut menjadi tumpuan masyarakat dari dalam dan luar negara.
Kira-kira 620 wartawan dari Tanah Besar, Taiwan, Hong Kong, Makau dan luar negara akan membuat liputan tentang pertemuan tersebut.