Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengeluarkan kenyataan semalam yang menyatakan kebimbangan terhadap krisis politik, keselamatan dan peningkatan ancaman keganasan di Libya, di samping menyeru negara tersebut menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan.
Menurut kenyataan itu, UNSC amat prihatin terhadap konflik di Libya. Rakyat negara itu sedang mengalami krisis kemanusiaan yang kian memburuk. Kekerasan mesti dihentikan dengan segera.
UNSC menegaskan, dokumen politik yang dicapai pelbagai pihak Libya tentang penubuhan kerajaan perpaduan amat bermakna untuk menyelesaikan krisis negara itu. Oleh itu, pelbagai pihak yang terlibat digesa menandatangani dokumen itu secepat mungkin.