Cari:
Punca Nahas Udara Pesawat Rusia Belum Dipastikan
2015-11-08 12:51:23 CRI Cetak

Suruhanjaya Penyiasatan Nahas Udara Pesawat Rusia yang diketuai oleh Mesir semalam menyatakan bahawa kotak hitam pesawat Metrojet tersebut telah merekodkan bunyi bising pada satu minit terakhir. Namun, sehingga kini punca nahas tersebut masih belum dapat dipastikan.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan semalam, pengerusi suruhanjaya penyiasatan tersebut menyatakan bahawa pihaknya mengenal pasti pesawat itu berkecai di udara.

Mereka kini masih berusaha untuk mengumpulkan maklumat dan serpihan pesawat bagi menjalankan pemeriksaan yang terperinci di Kaherah. Siasatan sedang dijalankan.

Apabila mengulas tentang laporan media Barat yang mendakwa pesawat Rusia itu diserang bom, pengerusi suruhanjaya itu berkata, pihaknya tidak memberikan maklumat atau bukti tentang serangan ganas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China