Cari:
Pertemuan Xi Jinping dan Ma Ying-jeou Capai Persepakat Meluas
2015-11-08 08:01:35 CRI Cetak

Pemimpin Tanah Besar China dan Taiwan mengadakan pertemuan di Hotel Shangri-la, Singapura semalam.

Xi Jinping menyatakan bahawa hubungan antara kedua-dua pihak Tanah Besar dan Taiwan berhadapan dengan pilihan.

Pertemuan ini adalah untuk mengelakkan tragedi sejarah daripada berulang lagi, memelihara hasil perkembangan hubungan damai antara kedua-dua pihak, menyediakan kehidupan yang aman dan damai kepada rakyat setanah air dan mencipta masa depan yang cerah kepada generasi yang akan datang.

Xi berkata, kedua-dua pihak perlu mengambil iktibar daripada sejarah dan membuat pilihan yang betul serta bertanggungjawab terhadap bangsa dan sejarah.

Kita patut menyatakan kepada dunia bahawa bangsa China mampu dan cukup bijak untuk menyelesaikan masalah sendiri dan memberikan sumbangan yang besar kepada kedamaian, kemakmuran dan pembangunan dunia.

Ma Ying-jeou pula menyatakan bahawa kedua-dua pihak telah mencipta dan memelihara situasi yang damai dan stabil di Selat Taiwan sejak tahun 2008 dan mendapat pujian masyarakat antarabangsa.

"Konsensus 1992" merupakan asas politik bagi perkembangan hubungan kedua-dua pihak.

Beliau berharap dapat terus memperkukuh konsensus tersebut dan meningkatkan interaksi dan kerjasama demi mencipta masa depan yang gemilang.

Xi Jinping dan Ma Ying-jeou bersetuju bahawa rakyat Tanah Besar dan Taiwan mesti bersatu padu, berpegang teguh pada "Konsensus 1992", memperkukuh asas politik bersama, meningkatkan interaksi dan kerjasama demi mewujudkan kemakmuran bangsa China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China