Cari:
Mesir Gesa Negara Lain Kongsi Maklumat
2015-11-08 15:13:14 CRI Cetak

Negara-negara lain tidak berkongsi maklumat mengenai nahas udara pesawat Rusia.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry dalam sidang akhbar bersama-sama dengan rakan sejawatnya dari Hungary, Peter Szijjarto yang dalam rangka lawatan ke Mesir semalam.

Menurut Sameh Shoukry, pihaknya memahami kebimbangan negara-negara lain dan berharap agar negara terbabit memberikan maklumat teknikal.

Tambah beliau lagi, nahas udara mungkin berlaku di mana-mana sahaja di dunia. Pihaknya sedang bekerjasama dengan negara terbabit untuk menjalankan siasatan tentang punca nahas pesawat Rusia tersebut.

Media AS memetik kenyataan sumber yang enggan namanya didedahkan sebagai berkata, bom yang dipasang dalam pesawat itu adalah antara punca terhempasnya pesawat milik syarikat penerbangan Rusia, Kogalymavia.

Dalam pada itu, dengan sebab keselamatan, Britain telah membuat keputusan menggantung penerbangan dari Britain ke Sharm el Sheikh, Mesir untuk sementara waktu. Rusia, Perancis, Jerman, Turki dan Emiriyah Arab Bersatu turut menggantung atau mengubah laluan penerbangan ke Sharm el Sheikh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China