Cari:
Lubnan Gesa Eropah Selesaikan Masalah Pelarian Syria
2015-11-08 15:28:14 CRI Cetak

Lubnan berharap negara-negara Eropah mencari formula bagi menyelesaikan masalah pelarian Syria secepat mungkin dan terus menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang menerima pelarian.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Lubnan, Tammam Salam dalam sidang media selepas rundingan dengan rakan sejawatnya dari Norway, Erna Solberg di Beirut semalam.

Beliau turut menggesa krisis di Syria diselesaikan secepat mungkin.

Solberg menyeru masyarakat antarabangsa supaya memberikan lebih banyak bantuan kepada Lubnan untuk menangani krisis pelarian yang bertambah buruk.

Solberg menyatakan bahawa pihaknya akan berbincang tentang bantuan kepada pelarian Syria dan negara jirannya dalam mesyuarat penyerahan sumbangan yang dijadualkan pada awal tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China