Cari:
Pertemuan Xi-Ma Jadi Tumpuan Media HK, Makau
2015-11-09 14:27:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pertemuan antara Xi Jinping dan Ma Ying-jeou, pemimpin dari Tanah Besar dan Taiwan, pada 7 November lalu menjadi tumpuan media Hong Kong (HK) dan Makau, yang menganggap pertemuan tersebut membuka lembaran baharu hubungan kedua-dua pihak, sekali gus memperkukuh asas pembangunan hubungan rentas selat secara damai.

Akhbar Wen Wei Po HK dalam rencananya menyebut, pemimpin dari kedua-dua pantai Selat Taiwan mencapai persepakatan demi kepentingan bangsa Cina. "Konsensus 1992" dan prinsip "Satu China" merupakan asas politik bersama bagi pembangunan hubungan kedua-dua pihak.

Akhbar Ta Kung Pao HK pula menyifatkan perlakuan "berjabat tangan" antara pemimpin kedua-dua pihak sebagai peristiwa bersejarah dalam tempoh 66 tahun, sekali gus memperlihatkan komitmen terhadap pembangunan hubungan rentas selat pada masa akan datang.

Hasil utama pertemuan ini adalah memberikan jawapan yang jelas mengenai hala tuju perkembangan hubungan antara Tanah Besar dengan Taiwan yang berorientasikan kedamaian dan pembangunan.

Akhbar Harian Makau dalam artikelnya pula menyatakan bahawa pertemuan antara pemimpin Tanah Besar dan Taiwan bakal mengintensifkan lagi pertukaran dan interaksi antara kedua-dua pihak.

Pertemuan itu amat signifikan bagi mengukuhkan "Konsensus 1992", menggalakkan pembangunan hubungan rentas selat secara damai dan merealisasikan kebangkitan semula bangsa Cina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China