Cari:
WMO: Kepekatan Gas Rumah Hijau Terus Meningkat
2015-11-10 15:49:04 CRI Cetak

Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) menggesa negara-negara terlibat agar mencapai perjanjian secepat mungkin dalam Sidang Kemuncak Perubahan Iklim PBB yang bakal diadakan tidak lama lagi.

WMO dalam laporan yang dikeluarkan semalam berkata, paras kepekatan gas rumah hijau mencipta rekod paling tinggi dalam sejarah pada tahun 2014.

Di samping itu, paras radiasi dalam atmosfera bumi telah meningkat 36 peratus pada tahun 2014 berbanding dengan tahun 1990 akibat pelepasan karbon dioksida dan metana kesan daripada kegiatan perindustrian dan pertanian manusia.

Setiausaha WMO, Machel Jarraud turut memberikan amaran bahawa selain meningkatkan suhu global, pelepasan karbon dioksida juga akan menyebabkan cuaca panas, banjir, dan sebagainya.

         

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China